Maksud yang berbeza Bahasa_Inggeris_Malaysia

Ini ialah senarai perkataan dan frasa yang mempunyai satu maksud dalam bahasa Inggeris British dan mempunyai maksud lain dalam Bahasa Inggeris Malaysia

Perkataan / FrasaMakna MalaysiaMakna Amerika / British
last timesebelum inipada peristiwa sebelumnya
The car parkpetak parkir, contohnya "That new shopping mall has five hundred the car park." (Pusat beli-belah baru ini mempunyai lima ratus petak parkir)garaj parkir (dari Bahasa Inggeris AS)
an alphabetsalah satu huruf, contohnya "The word 'table' has five alphabets." (Perkataan 'table' ada lima huruf)satu set huruf yang digunakan dalam sesebuah bahasa
bungalowRumah agam orang kaya dan/atau terkenal; atau rumah sesebuah, tidak kira berapa tingkat yang rumah tersebut ada. Akhir-akhir ini, beberapa pemaju perumahan menyalahgunakan perkaan ini dengan lebih lanjut, melahirkan istilah seperti "a semi-detached bungalow".Rumah kecil yang biasanya setingkat sahaja.
to followmenemani, contohnya "Can I follow you?" bermaksud "Boleh saya ikut awak?"mengekori, contohnya "The police car was following me" (Kereta polis telah mengekori saya)
to keepmenyimpan atau meletakkan di tempat lain, contohnya ibu bapa memberitahu anaknya "Keep your toys!" (Simpan permainan kamu!)mengekalkan hak milik, contohnya "I must decide which to throw away and which to keep." (Saya mesti membuat keputusan yang mana patut dibuang dan yang mana patut disimpan)
to revertmenghantar kembali kepada seseorang, contohnya dalam email: "I will investigate this and revert to you by tomorrow." (Saya akan siasat mengenainya dan akan menghantar kembali kepada awak esok)mengembalikan ke keadaan sebelumnya
to sendmenghantar seseorang ke sesuatu tempat, contohnya "Can you send me to the airport?" (Boleh awak hantar saya ke lapangan terbang?)menyebabkan sesuatu barang pergi ke sesuatu tempat tanpa menemaninya, contohnya "I sent this letter to my grandma." (Saya menghantar surat ini kepada nenek saya)

Kebanyakan rakyat Malaysia mahir dalam Manglish dan Bahasa Inggeris Malaysia, tetapi terdapat kesamaran dan kekeliruan perbezaan antara Bahasa Inggeris Malaysia dan SABE (Bahasa Inggeris Piawai Amerika-British). Kesedaran mengenai perbezaan ini akan mencegah salah anggap dan kekeliruan abapila bertutur kata dengan orang yang mempunyai latar belakang Inggeris. Evolusi dalam penggunaan Bahasa Inggeris mengikuti aliran seluruh dunia dan sukar untuk dibuang.